Saturday 7 February 2015

Korea Trip with Cuzzie Part 2

Assalamualaikum,

Sambung cerita ke korea H bersama2 dengan cousin. Hari kedua H pergi ke Lotte World tapi H x masuk taman tema dia. H hanya pergi kawasan sekitar taman tema Lotte World untuk melihat cherry blossom yang sedang berbunga time tu. Kali ini kami pergi terjah sendiri tanpa bantuan aunty H sebab dia dah busy dengan kerja. So kami menaiki subway dari stesen Itaewon yang approximately 5 km dari rumah. Kalau nak ke Lotte World ni kena turun dekat stesen Jamsil. Stesen ni located dalam shopping mall then kena keluar dari shopping mall kalau nak ke taman cherry blossom. Kami travel naik subway guna card macam touch and go tu. Cuma topup dalam 20,000 won then boleh guna sepanjang perjalanan nak pergi mana2 termasuklah nak naik bas or subway. Even boleh bayar teksi guna kad ni. Senang habaq hg...hahaha..


Tunggu subway dekat stesen Itaewon






Keluar stesen nampak fountain cantik dalam shopping mall ni..


Sampai je dekat laluan yang banyak pokok cherry blossom ni semua dh x sabar nak berposing. SubhanaAllah cantik sungguh bunga ni..Yelah dah xda kt Malaysia mestila jakun ckit..hahahahaha..Selesai berposing kami bergerak ke Gwanghwamun square. Dekat sini ada Gyeongbokgung palace and patung King Sejong. Kebetulan masa kami pergi tu ada flea market sepanjang jalan dari stesen subway Gwanghwamun ke palace tu.

Cherry blossom!!!



King Sejong statue

Flea market along Gwanghwamun Square

Palace




Masa kami sampai dekat palace tu baru je abis royal guard changing ceremony. Rugi betul..ni sebab kes jalan lengang lenggok tengok flea market kat luar td la. Kami duduk fikir balik nak masuk ke x palace tu sebab kalau masuk kena spend the whole day dalam tu baru la worth. Tapi disebabkan banyak lagi tempat kami nak explore, kami batalkan plan masuk dalam palace ni. Keluar dari palace tu kami berjalan sepanjang Gwanghwamun Square which is about 550m long. Statues two of the most respected historical figures dekat Korea ada kat sini iaitu King Sejong dan Admiral Yi Sun-Shin. 


Cheonnggye Plaza ni merupakan tempat di mana bermulanya Cheonggyecheon iaitu stream sepanjang 5.84km. Stream ni flowing dari Gwanghwamun sehinggalah ke Dongdaemun. Dahulunya it is a natural stream, tetapi setelah dah bina jalan, stream ni dikekalkan dan menjadi tempat attraction utk tourist. Malam2 lagi cantik sebab diorang akan pasang lampu dekat 22 bridges dan 9 fountains yang ada kat sini. 


Selepas dah berjalan banyak kami pun mengisi perut yang lapar dekat restoran yang sama semalam aunty H bawak. Masih terbayang spicy sotong dia ummmpph..Sempat posing kat luar restoran dia. Untuk sapa2 nak pergi memang syorkan makan kt sini okay..hahaha..



Dah kenyang perut suka hati kami pun sambung melawat ke trick eye museum. Dekat sini memang bergambar je kerjanyer..Sampai dh x larat nak posing. Memang besar museum ini. Dekat sebelah museum ni  ada Ice Museum jugak. So kami amik pakej masuk Ice Museum jugak..Sejuk gila dalam tu. Tangkap gambar buat syarat ja then trus keluar..hahahaha..














Habis perjalanan hari kedua dengan cousin. Nanti H sambung cerita lagi ye. Next entry H pergi ke Everland iaitu taman tema dekat Korea. Stay tuned!!!

Thanks for reading my entry!!!

0 comments:

Post a Comment