Saturday 7 February 2015

Korea Trip with Cuzzie Part 1


Assalamualaikum,

Alhamdulillah masih ada kerajinan meng"update" blog ini..hahaha..Okay kali ini H nak bercerita tentang trip H ke korea bersama kakak sulung H dan cousin2 tersayang. Bermula kisahnya cousin H dua orang ni memang dh lama plan nak ke korea siap dh tempah tiket Air Asia untuk diorang sebab masa tu ada promotion. Diorang pun ajaklah H sama2 ke sana sekali. Masa tu memang dh lama teringin nak ke sana. Yelah kan sebab H ni memang peminat nombor satu drama korea yang best2 jelah H layan. Memang dah lama simpan angan2 nak ke sana sebab terpengaruh bila tengok cerita semua tunjuk tempat best2 and romantik. However, masa tu H baru je start keja and masih dalam probation month. So, H x boleh amik cuti lama2. Harapan nak ikut memang musnah la..Tapi nk dijadikan cerita lg seminggu hari cousin2 H tu nak bertolak ke korea , kak yong H tetiba out of no where ajak H pergi ke korea sekali. Fikir punya fikir at last takkan la nak lepaskan peluang ni so kami pun pergi ke sana tapi lewat sehari dari cousin2 H. Disebabkan last minute plan so tiket flight pun susah nak dapat dah.. Disebabkan abang H kerja dengan syarikat M maka  kami dapat la diskaun and yang best tu first time H dapat merasa travel with business class...woot..woot..Bermula la perjalanan H bersama kak yong. H bertolak dari Penang ke KLIA then tunggu kak yong H kat KLIA. Flight kami pukul 11.30p.m.. Excited bukan main lagi nak ke sana..hahaha..Perjalanan ke korea mengambil masa 6 jam. Sampai kat korea dalam pukul 6.00a.m waktu tempatan.

 Baru landing tengah tunggu train nak ke arrival hall. Muka bangun tidur
Kak yong H update kat family kami dah selamat sampai

Sampai je kat sana kami terus pergi cari teksi nak ke rumah aunty H kt Itaewon. Aunty H menetap dekat korea dah nak dekat 2 tahun dah. So, sepanjang kami dekat korea, kami menumpang rumah aunty H ni. Nasib baik kami ada alamat dan tahu serba sikit jalan nak ke sana sebabnya pemandu teksi ni langsung x faham english. Penat H explain kat dia macam ayam and itik dah. Kami ada tunjuk alamat kat dia tapi dia boleh simpan dalam poket then lupa yang dia simpan kat situ. Jenuh H duk cakap yang kertas alamat tu ada dalam poket dia. At last nasib baik dia faham Itaewon dan terus bawak kami ke sana. Cuma jalan ke rumah aunty H tu, H yang tunjukkan. hahaha..Macam terer sangat plak padahal x pernah sampai korea seumur hidup H lagi..hahaha..

Pemandangan dari rumah aunty H

Suasana dalam airport

Teksi stand. Sebenarnya ada ja teksi yang driver boleh cakap english tapi mahal ckit .Teksi ni kaler hitam. Kami amik teksi putih sebab nak murah tapi driver hampeh nak faham sepatah dia cakap
Sampai je dekat rumah aunty H,kami bersihkan diri then trus keluar berjalan. Walaupun badan letih tapi buat apa nak buang masa since dah sampai no rest needed. H lebih kepada excited nak explore korea. Destinasi pertama aunty H bawak kami ke Namdaemun Market menaiki teksi. Sebab hari yang H sampai tu weekend so aunty H tunjuk kan tempat nak beli brooch murah sementara dia cuti hari tu.

Selepas membeli belah dekat Namdaemun Market, aunty H bawak kami mengisi perut dekat Restoran Gosame. Bersimpang siur jugak la kami jalan nak ke restoran ni. Tapi restoran ni memang sedap gila and kami repeat makan kat kedai ni keesokan hari masa aunty H dah x bawak kami. Bangga jugak dapat ingat jalan nak ke sini. Restoran ni memang famous di kalangan orang Malaysia. Dekat wall dalam restoran ni ada gambar orang2 Malaysia yang pernah datang ke sini. Artis and pasukan harimau Malaya pun pernah menjamu selera kat sini.Famous uooollss..hahahha.



Selepas makan sampai kenyang. Kami berjalan dekat area2 Sinchon ni. Aunty H ajak kami tangkap gambar dalam photo booth tu...ala2 cerita korea pulak..hahaha..Selepas tu kami pulang dengan menaiki bas. Jimat sikit la dari naik teksi.


.


Layan gambar kat bawah ni sepanjang hari pertama H dekat korea. Sambung next entry untuk perjalanan H dekat korea. Stay tuned!!!






Thanks for reading my entry!!!


Aunty H tengah beli kebab kat kami

Anak2 aunty H ni duduk kat korea dengan mummy diorang. Sekolah pun kt sini..Jeles H kat diorang kecik2 lagi dah berpeluang stay kat negara orang 

Pagi2 lagi dah ramai orang

Rambang mata habaq hg. Cousin2 H bersama kak yong pilih Brooch yang telah ditempah awal oleh mak2



 Kedai cenderahati paling murah and owner dia peramah


Ni anak owner dia. Sebab dia dh kenal aunty H servis memang tip top. Siap bagi yogurt sementara memilih barang


 Sedap gila kut. Sotong dia paling win. Cuma x berapa berkenan dengan nasi dia sebab rasa macam makan pulut







0 comments:

Post a Comment