Tuesday 3 March 2015

Istanbul Hana Datang!!! Part 1

Assalamualaikum,

Awl bulan October tahun lepas H bersama my parents, kakak, abang, and kakak ipar travel to Istanbul. Dah pergi korea sesama cousin kali ini kita travel plak dengan family tercinta. Plan nak ke istanbul memang sangat2 last minute. Lebih kurang 2 minggu je preparation. Lepas tu abang pulak memang campak terus dekat H suruh plan dari A to Z. Maksudnya segala itinerary, hotel booking, tempat mana nak pergi semua H kena uruskan. Nasib baik ada Mr.google peneman setia dalam urusan H nak cari info pasal istanbul. Seperti biasa H survey kt semua blog2 yg tulis pasal tempat menarik and do's &don'ts kat istanbul.

Bergambar dulu sebelum travel 12 jam dalam flight. Confirm sememeh lepas trun flight.

Disebabkan last minute punya plan, memang H berhempas pulas la nk susun jadual tempat mana nak lawat. Tambah2 pulak banyak tempat menarik kt Turkey. Memandangkan H and family pergi sana x lama so kami decide nak melawat istanbul and bursa sahaja. Itu pun ada jugak tempat yang x sempat nak pergi kt Istanbul itself.

So sampai je kami dekat airport memang plan terus nak naik feri ke Bursa and tido dua malam kt Bursa. Nak naik feri kena pergi ke stesen Kabatas menaiki metro. Murah je naik metro ni bayar 4 lira then kita boleh turun dekat mana2 stesen. Kalau stesen yang jauh dikira berbaloi la. 





Nampak x ciri2 tour guide yang berhemah siap bawak buku ke mana2




Ni la mesin beli tiket metro


Disebabkan kami travel agak ramai and dengan bwk luggage banyak sangat. H bagi briefing dulu kt family H in case kalau ada yang terpisah. Yelah kan dalam metro kita xtau macam mana keadaan takut sesak dengan org turkey macam ikan sardin. Dari airport terminal kita kena naik metro line merah ke stesen Zeytinburnu and change pergi metro line biru untuk ke Kabatas.




 Luggage memenuhi ruang



Sampai je kt terminal feri nak ke Bursa, nasib kami x baik sebab kena tunggu lagi 2 jam for the next trip ferry. So terpaksa la duduk jalan2 dekat area situ dulu. Takpe jangan risau kat mana2 area kt istanbul ni memang cantik nak bergambar.




H nak duduk sebelah mamat turkey tu sebenarnya..hahahha


 Kita jalan2 dulu area sini


Turun je ferry sebelah Bursa kena naik bas ke stesen metro terdekat. Tiket bas kena beli luar kaunter ferry. Memang sesak gila sebab ramai berebut beli tiket. Nak dijadikan cerita ada couple dari Turkey ni memang sangat helpful tolong kami cari hotel kami dekat Bursa. H cuma ada alamat and landmark je tapi exact location x tau. Ingatkan jarak dari stesen metro  x jauh dari hotel. Rupanya lebih kurang 600 metre jugak kami jalan angkut beg, Jalan dia pulak berbatu and berbukit memang mencabar gila. 







Thanks kepada couple Turkey ni yang baik hati tunjuk jalan nak ke hotel kami


Penat gila sampai lobby terus duduk sementara abang H menguruskan check in.

Taraaa..ni la hotel yang kami pilih duduk 2 malam, Lokasi dia memang betul2 depan masjid Ulu cami. Sangat bersih, selesa and breakfast pun provided. Paling penting ialah MURAH. Walking distance je nak pergi ke bazaar..Location hotel ni memang sgt strategik.

Petang selepas merehatkan diri and solat jamak zuhur asar, kami turun jalan ke bazaar. Memang rambang mata jalan kt sini. Bazaar dia bukan macam jalan TAR kat KL tu. Bercabang2 jalan. Sampai confuse nak start dari mana. Tersangatlah besar bazaar kat sini. Memang H enjoy gila jalan kt bazaar ni.








Sebelum balik ke hotel kami sempat pergi beli kebab jual kt jalan belakang hotel. Masa awal2 masuk bilik hotel kami buka tingkap memang terus bau aroma kebab dari kedai ni. Di tambah pulak dengan cuaca sejuk memang keja makan jelah duduk kt Turkey ni.




Bila bercerita balik kt sini rasa rindu pulak nak ke turkey lagi..hahaha..Enjoy gambar2 yg H upload..Nanti ada masa H sambung lagi perjalanan di Turkey part 2. 


Thanks for reading my entry!!!!

3 comments:

  1. hanaaaa... waa dah buat blog die upenye,
    seriusly sgt enjoy baca , mcm teringin nak pergi je turkey huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh eh ada pembaca rupanya..hahaha..pergi la honeymoon kt turkey mai..serius rindu nk p sana lagi..sgt best!!!

      Delete
  2. Lepas bace blog hana baru ler teringat blog sendiri x terhapdate2 haha..
    Tu lah tengah mengumpul duit plan nak travel.. amek mase sikit ler kan haha ..

    Next trip g lah japan boleh share info hew hew hew

    ReplyDelete